SJIP merupakan singkatan kepada SJ Islamic Portfolio. Ia merupakan sebuah produk ekuiti yang memenuhi undang-undang syariah yang ditawarkan kepada institusi dan individu yang sanggup menanggung risiko sederhana.
Kelebihan SJIP
Mematuhi undang-undang syariah.
Mengandungi syarikat-syarikat yang berprestasi tinggi.
Mengandungi saham saham bukan spekulasi.
Harga meningkat yang berkemungkinan.
Syarikat sekuriti yang mempunyai rekod selama 25 tahun.
Proses pemilihan saham SJIP
Jabatan penyelidikan kami akan menyemak saham syariah yang telah diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti(MPSSS) di samping memilih portfolio saham dari pelbagai sector untuk membentuk SJIP.
Pemilihan dari pelbagai sector ini adalah untuk memastikan pelabur dilindungi daripada apa-apa masalah bermusim yang mungkin timbul di sesetengah sector.
Kriteria pemilihan ini adalah berdasarkan pencapaian dan prestasi syarikat, asset tetap, keuntungan harga, keuntungan harga setiap saham, rekod dividend dan segala maklumat berkaitan.
Portfolio saham ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan segala perubahan atau penolakkan saham ke dalam portfolio itu akan dilakukan.
Untuk maklumat selanjut berkenaan SJIP, sila hubungi 03 - 5192 0303 atau hantar email kepada csr@sjsec.com.my
Penolak tuntutan
Kandungan ini disediakan untuk maklumat sahaja dan bukan merupakan cadangan untuk membeli atau menjual produk yang diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (MPSSM). Dengan itu, segala waranti atau tanggungan apa sekali pun tidak diberikan untuk segala kerugian yang timbul secara langsung atau tidak langsung dari tindakan yang diambil dari maklumat yang diberikan. Semua pelaburan ada risikonya.